Our Projects
Pilling Method (BM)
Penyata Kaedah Kerja 01
Penyata Kaedah Kerja Untuk Mesin Cerucuk Jack-In:- Mesin Cerucuk Model: YZY 800T, YZY 600T, YZY 380T, YZY 250T, YZY 100T & YZY 80T
Tujuan penyata kaedah kerja ini adalah bagi menggariskan kaedah dan procedur pembinaan yang diperlukan untuk menjalankan kerja-kerja cerucuk Jack-In, termasuk bahan dan peralatan yang diperlukan untuk kerja pemasangan cerucuk. Perincian bagi procedur-procedur yang terkandung di dalam risalah ini dikaji dari semasa ke semasa dan diubahsuai berdasarkan keperluan sebenar. Cerucuk akan dipasang berdasarkan saiz tertentu dengan menembusi lapisan tanah sehingga ke strata batuan dasar.
Penyata Kaedah Kerja 02
Penyata Kaedah Kerja Untuk Ujian Beban Cerucuk Dengan Menggunakan Mesin Jack In Sebagai "Kentledge"
Mesin Jack In (lihat lukisan di bawah), imbangan keluli dan bahagian rasuk keluli membentuk keseluruhan sistem ujian beban statik di mana bicu hidraulik sendiri mengenakan beban yang tegak pada cerucuk ujian.